SEJARAH SONGKOK
- Atika azlan
- Sep 27, 2017
- 2 min read
22.Sept.2017
HAI ASSALAMUALAIKUM.
Rasa-rasa tajuk apa cikka buat untuk entry kali ini. jeng jeng jeng ............ mesti tak sabaq kan nak tahu (ha kuar bahasa kedah ceq) . tapi tapi Cikka bukan orang kedah , cikka suka dengar bahasa kedah.
Hari ni cikka nak citer pasal songkok . Ini la tajuk pensyarah cikka pilih . Lepas nie boleh la cikka buatkan songkok tuk adik adik dengan ayah cikka . Dengan harapan tinggi mereka happy jangan terpaksa sudah . Perusahaan songkok cikka berada di Kampung Baru Kuala Lumpur. Kampung Baru ialah sebuah kawasan kampung Melayu besar di Kuala Lumpur, Malaysia . Hari ini, Kampung Baru menjadi sebuah kampung Melayu moden. Beberapa rumah berkayu telah ditukar kepada rumah batu-bata. Ok let's start .

Ternyata peci songkok lebih dari sekadar simbol busana muslim atau agama, melainkan juga sebagai simbol kesatuan bernegara.
Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi orang Melayu. Songkok juga dipakai sebagai pelangkap kepada baju Melayu yang dipakai untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Songkok ini popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan Thailand. Songkok ini dikatakan berasal dari fez yang dipakai di Ottoman Turki. Ia menjadi simbol identiti Islam dan menjadi popular di kalangan India Muslim dan menurut pakar kemudiannya beransur menjadi songkok di Alam Melayu. Di Indonesia, songkok juga dikenali dengan nama peci .
Bagi kalangan orang Melayu, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi ketika menghadiri uparaca-upacara rasmi seperti upacara perkahwinan, solat jumaat, upacara keagaamaan dan sewaktu menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban. Songkok juga dipakai oleh tentera dan polis Malaysia dan Brunei pada upacara-upacara tertentu.



Hari nie cikka citer pasal sejarah dulu ya . Nanti cikka update citer baru lagi . stay tune
SOMETHING YOU LEARN SOMETHING YOU WIN
LOVE
IG : creativeartbyatika
Comments