top of page

SONGKOK 'TINGGI' JOHOR

  • Writer: Atika azlan
    Atika azlan
  • Nov 29, 2017
  • 2 min read

Assalamualaikum dan selamat pagi uolsss ..

29 . November . 2017 / RABU / 8.54 PAGI

Hari nie cikka nak berkongsi apa perbezaan songkok biase yang ada diluar dengan songkok yang berada di Johor . Nama sama "songkok" tetapi mempunyai kelainan yang istimewa dalam setiap perincian songkok yang dijahit .

Songkok tinggi ini asalnya dari Johor, sebab itulah kebanyakkan orang yang memakai songkok tinggi ini adalah orang-orang Johor atau setidak-tidaknya orang yang masuk Negeri Johor . Dato' Onn Jaafar nampak sajak dengan songkok tingginya. Dato ' Onn Jaafar juga meminati dengan songkok tinggi dan kerap juga Dato ' Onn Jaafar memakai songkok tinggi pada majlis - majlis yang dihadiri . Waww siapa sangka songkok tinggi mempunyai tarikkan yang tersendiri. Dato ' Onn Jaffar adalah perdana menteri yang ketiga selepas Tun Abdul Razak meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri yang kedua . Haaa kan cikka da masukkan sedikit sejarah pada entry cikka .

Tapi jangan risau cikka tak buat la songkok tinggi macam nie (songkok warna merah). Lagipun cikka buat songkok untuk kanak-kanak . Mesti comel - comelan kan kanak - kanak pakai songkok cikka buat nanti . Cewahhh perasan sungguh cikka nie . Tapi takpe cikka pasti buat songkok yang terbaik . Penghasilan songkok cikka akan dipantau oleh pengusaha organisasi cikka sendiri en zul .

DAN DAN DAN dinegeri melaka terdapat pengusaha songkok yang turut menjahit songkok tinggi . Sumber cikka dapat info dari Berita Harian .

Pakcik Idris ini tidak malu jika memperagakan songkok tinggi nya . Pakcik Idris memiliki koleksi 10 jenis songkok tinggi berukuran antara 18 hingga 25 sentimeter. Songkok setinggi 25 sentimeter yang kerap dipakainya pula direka dengan warna khas daerah Tangkak, tempat kelahirannya . "Saya berharap usaha ini menarik minat golongan muda untuk memakai songkok ketika melakukan aktiviti harian mereka seperti dilakukan masyarakat sebelum ini." Proses menyiapkan songkok tidak semudah disangka kerana kerja menjahit dan membentuk perlu dilakukan secara teliti untuk memastikan ia kemas dan berkualiti tinggi itu yang dinyatakan pada berita harian.

cikka harap lepas nie lebih ramai pengusaha songkok mengeluarkan songkok tinggi di pasaran . Stay tune guyss for the next update

ig : @creativeartbyatika

 
 
 

Comments


ADDRESS

Malaysia

CONTACT

instagram : creativeArtbyatika

©2017 by creativeArtbyatika. Proudly created with Wix.com

bottom of page