THE MAKING OF SONGKOK
- Atika azlan
- Oct 25, 2017
- 2 min read
BAHAN - BAHAN PEMBUATAN SONGKOK
Kayu pembaris - sebagai pengukur dan menyukat.
Gunting - untuk mengunting kertas, kain dan sebagainya.
Tukul - untuk menukul bahagian pertamuan sudut dinding topi supaya rata
Jarum tangan- untuk menyelurusuri menjahit bahagian pertamuan topi (kain hitam & beludu)
Jarum peniti- memasang kain beludu tampok atap topi bahagian bulatan supaya sama.(tidak kendur dan disemat pada bahagian dinding topi)
Sapit-penyapit - untuk menahan dinding topi sebelum digunting semasa menjahit dan mengunting dinding supaya sama bentuk.
Mesin jahit - untuk menjahit
Pelayar - untuk menarik jarum peniti daripada dinding songkok.
Tape measure/penyukat kain - untuk mengukur saiz tinggi songkok / mengukur kain, cotton collar, kertas.
Kapur - untuk menggaris kain tekron, kain beludu
Berus songkok - untuk membersih topi
Harum peniti- untuk menyemat
Penatas- untuk membuka jahitan yang salah
Songkok terdiri daripada songkok rendah dan tinggi manakala jenis kain pula baldu gred 1 (3crown) dari jerman dan korea untuk songkok SOB ( songkok orang besar- tinggi) , baldu gred 2 ( Hymilon) dari Jepun dan baldu biasa ( kabul ) dari Korea dan China. Baldu mahal selalunya sensitif , jika terkena air perlu dikeringkan terlebih dahulu , berbeza dengan yang biasa lebih tahan . Songkok ini juga mempunyai aksesorinya ada yang berenda songket dan satin bagi menyerikan si pemakai . " EN ZUL"
Dari pemerhatian cikka sepanjang berada di organisasi tersebut . En zul adalah seorang yang berjiwa kental kerana wujudnya beliau disitu dengan satu misi untuk meneruskan tradisi melayu kita yang semakin hari di tinggalkan oleh anak - anak belia sekarang . Songkok adalah sebahagian daripada pakaian tradisi Melayu . Kita perlu ada usaha untuk menggalakkan golongan belia ini supaya menjadi pembuat songkok atau kemungkinan mewujudkan industri songkok yang sehingga mampu melahirkan usahawan songkok yang berjaya.





Orang kata songkok nie sebagai " MAHKOTA KAUM ADAM" penyeri bagi seorang lelaki. Tidak salah jika cikka kata wanita pelengkap manisnya ada pada tudung dan lelaki pelengkap manisnya adalah songkok . Jangan malu dengan tradisi sendiri tetapi malu kerana mengagungkan tradisi orang lain.
Harap entry kali ini dapat membuka mata pembaca-pembaca tentang kepentingan songkok untuk kaum adam.
-LOT OF LOVE-
ig :creativeartbyatika
Comentarios