top of page

BEAUTIFUL OF BLACK

  • Writer: Atika azlan
    Atika azlan
  • Nov 1, 2017
  • 2 min read

Assalamualaikum hai selamat pagi !!

Dalam ramai-ramai dikalangan kita mesti yang suka pakai baju hitam , suka warna hitam , kalau beli apa-apa mesti nak selitkan warna hitam . rasa-rasanye kenapa ??

Warna neutral adalah pelbagai jenis warna kelabu yang tonnya terletak diantara putih dan hitam. Warna neutral juga merujuk kepada warna kroma campuran dua warna penggenap dengan nisbah tertentu dan menghasilkan warna baru yang telah hilang nilai kedua-dua warna asalnya. Contoh warna seperti ini ialah perang, khaki, warna kulit dan sawa matang.

~~~~~~Hitam~~~~~~

Warna hitam menunjukkan pribadi yang bermartabat, dihargai orang lain tetapi tidak pula menonjolkan diri. Orang-orang yang menyukai warna ini biasanya memang suka menciptakan kesan misterius bagi orang lain di sekeliling mereka. Pola pikir mereka sulit diterka, sebab tidak terlihat dari penampilan luar mereka. Mereka juga suka menahan diri dari hasrat dan keinginan duniawi.

Dalam pemilihan kain untuk penghasilan songkok pula warna hitam selalu digunakan kerana warna ini dominan dan sesuai diperagakan.

Pemilihan kain (fabric) pula haruslah bersesuaian . Ramai pembuat songkok disini menggunakan kain baldu. Cikka rasa kan ,cikka nak buat songkok pelbagai warna . Jarangkan kita nampak songkok "colourful" . So tak ada la songkok ini hanya digunakan dalam majlis tertentu sahaja. Bak kata bahasa melayu dunia kita sering berubah , budaya dan adat pula dilupakan , kitalah anak harapan negara , kuatkan la semula adat resam kita .

So baru dalam entry kali ini , warna hitam itu bukan la semata warna hitam gelap sahaja malah terdapat pelbagai kod warna hitam yang ada diluar sana. Cikka nak cari idea baru untuk penghasilan songkok . Kalau korang rasa ada idea untuk penghasilan songkok yang kreatif boleh la bagi tahu cikka . Boleh dm kat ig cikka "@creativeartbyatika" atau komen la diruang komen yang cikka sediakan.

stay tune for the next entry cikka ye.

-LOT OF LOVE-

@CREATIVEARTBYATIKA

 
 
 

Comments


ADDRESS

Malaysia

CONTACT

instagram : creativeArtbyatika

©2017 by creativeArtbyatika. Proudly created with Wix.com

bottom of page