top of page

ACCESSORIES

  • Writer: Atika azlan
    Atika azlan
  • Nov 8, 2017
  • 2 min read

Assalamualaikum selamat pagi (Bahasa Malaysia) ,Ohayo gozaimaz (Japanese) , Zou san (Chinese: Cantonese) , Annyunghaseyo (Korean) . Bagi feeling-feeling duduk dekat Overseas sikit. Tapi yang penting Bahasa Malaysia kita tetap terbaik . "SATU MALAYSIA" HEHEE rasa semangat patriotik plak pepagi nie.

Hai , hari nie cikka rase cikka nak kongsi mengenai perhiasan songkok atau dalam bahasa omputih (accessories of songkok) . Memang ramai kaum adam diluar sana yang gemar pakai songkok yang kosong sahaja kerana sesuai di pakai dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Bagi mereka songkok kosong tanpa perhiasan tambahan lebih smart. Setiap kaum adam diluar sana mempunyai pendapatnya yang tersendiri . Cikka orang perempuan nak beli tudung pun suka tudung kosong supaya boleh match dengan baju kosong atau baju bercorak dengan mudah , keluar modal pun tak banyak . ceh boleh caye ke cikka nie . :)

K kita terus kan lagi . Ni diantara perhiasan yang ade pada rekaan songkok .

1. Sulaman

2 . Kerongsang

3 . Design bawah songkok

Ketiga-tiga diatas antara perhiasan songkok yang cikka dapat perhatikan . So disini cikka rasa cikka terpanggil nak buat kelainan untuk design songkok cikka . Tapi apa perubahan cikka nak buat ????...... STAY TUNE ...... heh jap belum habis lagi . korang boleh bagi pendapat dekat cikka kalau itu boleh memperbaikki dan menaikkan nama songkok di Malaysia , just dm / komen dekat ig cikka @creativeartbyatika .

Cikka rasa setiap perinci perhiasan yang ada sekarang nie sangat menarik kerana ianya mengikut cara kita sebagai orang melayu yang penuh dengan budi bahasa dan sangat kaya dengan adat resam . Pereka songkok terdahulu sangat kreatif sehingga membawa nama songkok menjadi warisan melayu yang perlu dijaga dengan baik , tidak perlu dipertikaikan lagi kebijaksanaannya . Cikka happy dapat belajar cara buat songkok dari pewaris zaman atok kita lagi masih bernyawa . Akan cikka jaga amanat ini dan akan perluaskan ajaran cara membuat songkok ke anak-anak muda sekarang .

Sekian itu sahaja cikka nak kongsi dalam entry kali ni. muahh muahh muah

~~~~ LOT OF LOVE~~~~~

Jom pakat follow @creativeartbyatika

 
 
 

Comments


ADDRESS

Malaysia

CONTACT

instagram : creativeArtbyatika

©2017 by creativeArtbyatika. Proudly created with Wix.com

bottom of page