top of page

KAMPUNG BARU

  • Writer: Atika azlan
    Atika azlan
  • Nov 8, 2017
  • 2 min read

SEGAR NAMA KAMPUNG BARU

KAMPUNG Baru terletak di tengah-tengah hutan batu dan konkrit Kuala Lumpur melambangkan kehidupan masyarakat Melayu.

Ia kini satu-satunya perkampungan Melayu yang tinggal selepas pembangunan dan pemodenan mengambil alih 'melenyapkan' Kampung Kerinchi dan Kampung Abdullah Hukum.

Menyusuri sejarah, penubuhan kampung berusia 115 tahun dengan keluasan 101 hektar itu dilaporkan bermula dengan satu Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 12 Januari mengenai The Malay Agricultural Settlement yang membenarkan orang Melayu membuka penempatan seterusnya mengamalkan gaya hidup kampung di situ.

Tahun demi tahun, kedudukan dan status Kampung Baru terutama rumah kampung yang jumlahnya semakin menyusut.

Semoga kewujudan rumah kampung yang dikepung bangunan moden dapat dipelihara kerana selain mengungkap sisi tradisional Kuala Lumpur, turut menjadi tarikan kepada pelancong asing malah jika dilihat perspektif lebih jauh, meninggalkan warisan untuk tatapan generasi mendatang.

Berhak dipertahankan

Profesor Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) merangkap Ketua Satu, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata, mengekalkan rumah warisan penting terutama yang mempunyai signifikan dengan sejarah silam negara.

"Bukan bermakna saya menolak pembangunan namun sayang jika Kampung Baru yang diakui kampung warisan Melayu itu dilupuskan. Dalam akta turut mengemukakan, rumah berusia 50 tahun ke atas boleh dipertimbangkan sebagai warisan sekali gus berhak dipertahankan," katanya.

Menurutnya, jangan disebabkan memenuhi keperluan pembangunan ekonomi, segala tinggalan serta warisan lama mudah dilenyapkan.

"Yang lama perlu disimpan supaya generasi depan dapat menyaksikan keindahan kampung Melayu di tengah kota. Warisan bukan sekadar dijaga malah harus dipulihara.

"Saya pohon pihak bertanggungjawab seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan muzium lebih bertegas dalam memelihara warisan Melayu ini supaya tidak ditelan zaman. Malah, sepatutnya sudah ada perancangan membina bangunan dan galeri pameran mengenainya supaya masyarakat Melayu sekarang sedar akan asal-usul mereka," katanya selain menyifatkan rumah warisan di Kampung Baru bukan sekadar tempat berteduh sebaliknya turut menunjukkan khazanah seni serta maruah bangsa.

Hari nie cikka nak bukak mata akan kepentingan kampung baru kepada masyarakat melayu . Kewujudan kampung baru sudah lama . Ini la masanya kita perlu mempertahankan tempat orang melayu . Banyak sejarah kampung baru yang boleh kita pelajari . Sebab orang-orang dekat sana sangat la baik , makanan dy supperb terbaik . hihiii biasalah dah jadi tumpuan orang ramai so makanan kat sana jadi mahal

~~~~LOT OF LOVE~~~~

JOM PAKAT FOLLOW IG CIKKA

@creativeartbyatika

 
 
 

Opmerkingen


ADDRESS

Malaysia

CONTACT

instagram : creativeArtbyatika

©2017 by creativeArtbyatika. Proudly created with Wix.com

bottom of page